Perlembagaan Persatuan

KELAB SYARIAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALING

NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Syariah, Sekolah Menengah Kebangsaan Baling  yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

 

 

PERATURAN  1         NAMA DAN ALAMAT

 

a.         Nama Persatuan:        Persatuan Syariah 

                                                                                Sekolah Menengah Kebangsaan Baling,

b.         Alamat:                        Sekolah Menengah Kebangsaan Baling,

09100 Baling, Kedah Darul Aman.

 

PERATURAN  2         MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek

 

PERATURAN  3         OBJEKTIF

3.1       Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan Syariah  dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Islam serta dapat memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri dalam kalangan ahli-ahli kelab serta diri sendiri.

3.2       Ahli-ahli Persatuan Syariah  akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian yang diikutiinya.

 

PERATURAN  4         KEAHLIAN

 

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini.

 

 

PERATURAN  5         GURU PENASIHAT

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

 

PERATURAN  6         AHLI JAWATANKUASA

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli   yang tidak  dapat  hadir  tetapi  menulis   surat  tunjuk  sebab  layak  dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

      6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4       Ahli    Jawatankuasa    Kecil    boleh   dilantik   oleh  Guru   Penasihat  tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5       Ahli Jawatankuasa yang  hendak   meletakkan   jawatan   hendaklah menghantar surat  perletakan  jawatan   kepada  Guru Penasihat.

6.6       Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

6.6.8    Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

 

 

PERATURAN   7        TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1       Pengerusi

7.1.1    Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2        Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

      7.2       Naib Pengerusi

 

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

                  7.2.2    Mempengurusikan   mesyuarat  semasa  ketiadaan pengerusi.

7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

      7.3       Setiausaha

                  7.3.1    Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2    Mencatat   dan   menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

                  7.3.3    Mencatat kehadiran ahli

7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.4       Penolong Setiausaha

7.4.1    Membantu   setiausaha  dalam  menjalankan  segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2    Menjalankan     tugas     Setiausaha     sewaktu   ketiadaan Setiausaha.

7.4.3    Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

      7.5       Bendahari

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan

7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3    Menyediakan Penyata    Kira-Kira   bulanan    dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4    Melaporkan  kedudukan  kewangan  sekiranya  diminta   di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5        Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6        Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

      7.6       Penolong Bendahari

7.6.1    Menjalankan  tugas-tugas  Bendahari   sewaktu  ketiadaan Bendahari.

7.6.2    Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

      7.7       Ahli Jawatankuasa

7.7.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3    Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa

      7.8       Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1    Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

7.8.2    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

 

 

PERATURAN  8         KEWANGAN

8.1       Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui   derma yang diputuskan  semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang sebulan.

8.2       Persatuan   juga   boleh   memperolehi    kewangan melalui aktiviti.

8.3       Ahli-ahli     yang     bersetuju     menyertai     aktiviti     yang memerlukan perbelanjaan  besar  boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4       Semua pungutan/penyimpanan   boleh   dimasukkan ke  dalam   Akaun   SUWA   sekolah,  sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

 

 

PERATURAN  9         KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1       Ahli  persatuan   dikehendaki   menghadiri   semua aktiviti  yang  dijalankan  oleh persatuan  sepanjang tahun.

9.2       Kegagalan   berbuat  demikian  sebanyak tiga kali berturut-turut  dikehendaki  menulis  surat  tunjuk  sebab.  Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

 

 

PERATURAN  10       AKTIVITI

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

 

PERATURAN  11       PERATURAN-PERATURAN

11.1     Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN  12       TINDAKAN DISIPLIN

12.1     Diambil  terhadap   ahli   yang   melanggar   perlembagaan persatuan  dan   tidak   mematuhi  peraturan  yang ditetapkan.

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1  Amaran lisan

12.2.2  Amaran bertulis

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara  bertulis  dan  keputusan  Guru   Penasihat adalah muktamad.

 

 

PERATURAN  13       PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1     Mana-mana   bahagian    dalam     perlembagaan   ini  sah sehingga  ia dipinda.

13.2     Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli, ahli    jawatankuasa,      Guru   Penasihat   atau   pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3     Satu  mesyuarat khas  yang  dihadiri  oleh  Guru Penasihat dan  Ahli Jawatankuasa  akan  membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

 

 

PERATURAN  14       PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua  diberi  kuasa  untuk  membubarkan  persatuan  jika didapati      melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2          Segala hutang wajib dijelaskan.   Baki  kewangan  diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

 

PERATURAN  15       HAL-HAL LAIN

15.1     Setiap    ahli    perlu   mengetahui   tanggungjawab  sendiri  terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2     Ahli-ahli  hendaklah   sentiasa  peka dan mengikuti  aktiviti dengan penuh minat.

 

 

 

……………………….                   ……………………………..              …….………………………

(NUQMAN AMRAN)                     ( M.YUSUF DAUD)                     (ABDUL WAHAB CHE AMAT)

Setiausaha                                    Pengerusi                                      Guru Pemimpin

Persatuan Syariah                        Persatuan Syariah                       Persatuan Syariah

Tarikh: 01Januari 2010                 Tarikh 01Januari 2010                  Tarikh: 01Januari 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s