Remaja Sukses

Personaliti

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri. 

Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian indi­vidu. 

Personaliti sering digunakan apabila meng­gambarkan diri kita ataupun orang lain.

Personaliti, kata asalnya dalam bahasa Inggeris

 

person; berasal daripada bahasa Latin iaitu persons yang bermaksud topeng muka.  Tafsiran maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia mahu menunjukkan perilaku terbaik sahaja dan menyembunyikan perilaku buruk.

 

Walau bagaimanapun, maksud topeng yang di-fahami oleh orang dahulu sudah diubah persepsinya.  Ia dirujuk pada sifat-sifat yang ada pada individu seperti cara berfikir, perilaku dan mental-emosi yang di-tunjukkan.  Biasanya, sifat-sifat itu bergantu.ng pada

penilaian individu kepada orang tertentu.

 

Biasanya, personaliti diberi definisi mengikut ke-cenderungan masyarakat.  Sebahagian masyarakat menganggap individu dengan personaliti yang baik adalah seorang yang menga orang lain dengan

 

Apa Itu Personaliti?

 

kebolehannya bergaul dan berinteraksi dengan baik.  Ada pula yang menganggap personaliti yang baik apabila individu itu menunjukkan tingkah laku sopan santun dan bercakap dengan lemah lembut.

 

Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan persona­liti adalah ciri-ciri dinamik dan tersusun yang dimilild oleh individu yang secara unik mem­pengart” kootif, motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi.

 

Persoalan personaliti melibatkan aspek kenapa dan bagaimana manusia bertindak secara unik dan kreaiif terhadap perubahan persekitaran.  Persekitaran ini me­libatkan persekitaran fizikal, sosial dan budaya.

 

 

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi Personaliti remaja

  • Baka keturunan
  • Didikan Ibubapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pendidikan di sekolah
  • Sosiobudaya
  • Pemakanan
  • Status pendidikan
  • Media massa

 

Ciri-ciri orang yang mempunyai kecerdasan yang Tinggi

  • Bjak membuat keputusan
  • Pandai berbicara
  • Berani
  • Kompetitif
  • Bersedia menghadapi cabaran
  • Yakin pada diri sendiri
  • Sombong

 

Faktor 3: Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk personaliti remaja.  Remaja me­merlukan kawan-kawan.  Oleh sebab itu, mereka seboleh mungkin menyesuaikan diri mereka dengan kawan-kawan.  Apa yang dilakukan oleh kawan-kawan menjadi ikutan.  Personaliti kawan-kawan memberikan kesan kepada personaliti remaja itu sendiri.

Apabila remaja berkawan dengan remaja yang ber­peribadi mulia, maka baiklah peribadinya.  Namun apabila sebaliknya, sebaliknya pula yang akan berlaku.  Contohnya, apabila remaja terlibat dengan ‘mat rock’ sedangkan asas di dalam dirinya tidak kukuh, mereka mengikut personaliti kelompok itu.  Mereka berseluar tampal, jalan terenjut-enjut, berambut panjang, menghisap rokok dan menggunakan ungkapan bahasa mat rock’ seperti ‘tangkap lentok’, ‘gua caya lu’, ‘mengancam’dan sebagainya.

Remaja perlu bijak memilih kawan.  Pilihlah kawan yang:

  • Berpendidikan
  • Berani
  • Menghormati orang tua
  • Sealiran
  • Beriman
  • Jujur
  • Tidak buruk sangka
  • Tidak merokok
  • Tidak menghisap dadah
  • Bertimbang rasa
  • Berfikiran positif
  • Bertanggungjawab                         
  • Pandai mengurus waktu

 

aripada perbincangan faktor-faktor yang mem­pengaruhi pembentukan personaliti remaja sebelum ini menunjukkan, remaja sering berubah personaliti me­ngikut idengaruh mana yang lebih kuat; sama ada baka keturunan, didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, pendidikan di sekolah, sosiobudaya, pemakanan, sim­bol status dan media massa.  Masalah ini juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti.

  • Tanda orang Yang mengalami kecelaruan personaliti seperti
  • menghadapi tekanan jiwa
  • bimbang,
  • resah,
  • cepat marah
  • antisosial
  • terlibat penyalahgunaan dadah.
  • faktor harian, kemiskinan
  • layanan ibu bapa

 

Kecelaruan Persolialti Afektif

Individu yang mengalami kecelaruan personaliti jenis afektif

kelihatan tidak bertenaga,

resah,

mudah rasa bersalah

dan diselubungi kebimbangan.  Ini adalab per­ubahan afek atau mental-emosi sebagai trait personaliti dan bukan simptom.

Kecelaruan Personaliti antisosial

Kecelaruan personaliti antisosial banyak berlaku di kalangan remaja lelaki. 

Antara ciri-cirinya adalah:

  • Suka menipu dirinya dan orang lain.
  • Lari dari rumah.
  • Tidak suka belajar.
  • Melawan guru.
  • Suka bergaduh.
  • Mencuri.
  • Melakukan hubungan seks tanpa nikah.
  • Melanggar peraturan yang dibuat oleh masyarakat.

 

Biasanya, individu yang terlibat dalam masalah ini sukar menyedari kesumbangan perilakunya dan menga@bil masa yang panjang membetulkan semula perilaku itu.

Orang yang berumur 25 tahun ke atas mudah menghadapi

kecelaruan personaliti paranoid. Antara sifatnya adalah:

  • Cemburu.
  • Curiga.
  • Cepat sensitif.
  • Cepat marah apabila ada orang lain mengusiknya.

 

Kecelaruan personalti Histeria

Kecelaruan seperti ini banyak berlaku di kalangan orang wanita. 

Antara cirinya adalah:

1.    Bertingkah laku dramatik.

2.    Bercakap bohong.

3.    Menggunakan pertolonL7an orang lain bagi ke­pentingan diri.

4-    Cepat marah.

5  Pandai menggoda IeIaki.

Personaliti Skizoid

Individu yang mengalami kecelaruan jenis ini adalah orang          yang:

1.         Pendiam.

2 .           Suka hidup bersendirian.

3.       Tidak mahu berk@n.

4.       Tidak mempunyai minat dalam sebarang hal.

S.       Tidak menunjukkan reaksi mental-emosi apabila dipuji ataupuri dikeji.

6. Mempunyai cara hidup tersendiri.

Walau bagaimanapun, mereka boleh menumpukan pada suatu pekerjaan dengan baik.

Kecelaruan Personaliti Astenik

Individu yang mengalami kecelaruan personaliti astenik biasanya:

1. Berasa dirinya lemah.

2. Suka bergantung pada orang lain.

3.    Tidak berani membuat keputusan sendiri.

4.    Tidak sanggup memikul tanggung­jawab yang ditetapkan.

Remaja perlu dibentuk supaya mempunyai personaliti matang.  Contohnya, apabi remaja itu bersifat peramah di kalangai rakan-rakannya, apabila dia bersama de­ngan keluarganya dia juga menunjukkan sifat Yang sama. 

 

Antara sifat Yang menunjukkan personaliti matang adalah:

Bersifat terbuka dan ingin memahami masalah orang lain.                                                                       

Mempunyai matlamat Yang jelas.

3.     Mempunyai akal Yang rasional.

4.     Mengasihani orang lain seperti mengasihani dirinya sendiri.

S . Berhubung mesra dan menghormati orang lain.

6.     Mempunyai keyakinan diri.

7.     Bersedia menghadapi cabaran dengan tabah.

8.     Bersedia mengatasi segala masalah Yang ada pada diri sendiri.

9.    Sanggup mengakui dan menerima kelemahan diri sendiri dengan lapang dada.

Tip-tip Menjadi remaja berpesonaliti Matang

1 .   Perlu membuat ke@a secara sistematik dan teratur.  Rancang ke@a dan cuba lak­sanakannya sebaik mungkin.

2.    Perlu sentiasa bercakap benar, berani menjelaskan kebenaran dan tegas pen­dirian.

3.    Perlu berdikari dan lakukan kerja tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.

4.    Mesti bersemangat semasa melakukan apa sahaja aktiviti dan perlu yakin pada diri sendiri.  Anda boleh!

S.    Perlu berlatih membuat keputusan dan pilihan yang tepat serta munasabah untuk diri sendiri. langan mengharapkan orang lain menentukan keputusan anda.

6. Mesti banyak membaca kerana dengan membaca pelbagai bahan dapat me­nainbahkan ilmu pengetahuan dan me­matangkan fikiran.

7.       Perlu mempunyai sifat kompetitif iaitu semangat bertanding. jangan sekali-kali mudah menerima kegagalan.  Anda perlu menj adi the best among the best.

8.       jangan sombong apabila menerima ke­jayaan.  Tanamkan dalam jiwa kejayaan itu adalah anugerah Tuhan.  Bersyukurlah ke­pada Tuhan kerana anda berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s