Doa Pelajar

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى َءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah Ya tuhan kami, Engkaulah tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu jua  kami merafakkan kesyukuran atas segala rahmat dan nikmatMu.

 Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini kami mohon taufik dan hidayahMu, kurniakanlah kesejahteraan,kebahagiaan dan keselamatan. Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna , akal yang cerdas,hati yang terang,daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami yang kami kasihi.

يَا اللهُ يَا رَحمَن يَا رَحِيم

 

Dengan kudrat dan iradatMu. Tambahkanlah kekuatan dan ketabahan kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan, himpunkanlah  kami dalam kalangan mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

يَا اللهُ يَا فَارِجَ الهَمِّ وَيَا كَاشِفَ الغَمِّ

Lindungilah kami dari hasutan iblis dan syaitan , bala bencana , malapetaka dan hawa nafsu yang menghalang kemajuan dalam hidup kami. Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus istiqamah berkhidmat menabur bakti membela agama , bangsa dan negara.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى َءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

DOA SEMPENA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian Alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

يَا اللهُ يَا لَطِيف يَا حَلِيم

 

Sesungguhnya kami pada pagi  ini, merafakkan kesyukuran di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Ya Allah Ya tuhan yang menyempurnakan hajat dan yang mengangkat darjat, makbulkan  permintaan kami pada hari yang penting dan bersejarah ini.

Limpahkanlah kami dengan khazanah ilmuMu, sinarilah kami dengan cahaya nurMu, pandanglah kami dengan limpah kasihMu . Lapangkanlah dada kami dan janganlah Engkau sempitkan. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah Engkau persulitkan. Hiasilah kami dengan azam yang kuat, semangat yang kental, akal yang cerdas dan daya ingatan yang tinggi.

يَا اللهُ يَا عَزِيز ياَ حَكِيم

 

Hanya padaMu kami memohon kejayaan, ketinggian dan kecemerlangan hingga kami menjadi hambaMu yang memperolehi kemuliaan dunia dan akhirat. Berkatilah hidup kami dan restuilah perjuangan kami demi memartabatkan agama , bangsa dan negara.

اللّهُمَّ اجعَلنَا مِن النَاجِحِينَ وَ الفَائِزِينَ و المُتَفَّوِقِينِ فِي الدُنيَا وَالأخِرَة

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

 

 

 

 

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

يَا اللهُ يَا كَرِيم يَا وَدُود

 

Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah _______________ kali ke ____. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami cintai ini. Teguhkanlah muafakat  dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat. Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam kesumat,   pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir  negatif yang merosakkan perpaduan kami.

 

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

 

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang dan  terbilang , disegani dan dihormati,  yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العاَلَمِين

 

Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.

يَا اللهُ يَا فَتاَّح يَا عَليم  

 

Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.

اللّهُمَّ دَبِّرنَا فَاِنَّا لاَ نُحْسِنُ التَّدْبِيْرَ اللّهُمَّ الطُفْ بِنَا فَإِنَّكَ مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَ بِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ

  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

 

 

 

DOA SEMPENA HARI GURU

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian

يَا اللهُ يَا رَحمَن يَا رَحِيم

Kami merafakkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan keizinanMu kami  meraikan Majlis Sambutan Hari Guru (_______) peringkat Sekolah (________) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :

(______________)

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia lagi terpuji sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Bimbinglah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredaanMu  semata-mata . 

 Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada  pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-anak mereka sendiri.

يَا اللهُ يَا عَلِيم يَا حَكِيم

Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan. Suburkan semangat permuafakatan antara mereka dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa seterusnya berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

 

Pada kesempatan ini , kami mohon dengan  kebesaran dan kehebatanMu Ya Allah agar Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami, sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru, semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta  .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ  وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْد ُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

 

 

 

 

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.aw. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian

يَا اللهُ يَا كَرِيم يَا وَدُود

Kami merakamkan kesyukuran kepadaMu kerana dengan keizinanMu kami dapat menjayakan  Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah (_________)

يَا اللهُ يَا غَنِىُّ يَا حَمِيد

 

Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahimMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredaan dan hidayahMu.

Disaat ini juga kami rafakkan tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan modal insan.

يَا اللهُ يَا اَرحَمَ الرَاحِمِين

 

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

 

اللَّهُمَّ إنَّا نَسأَلُكَ مِن الخَيِر كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَ آجِلِهِ مَا عَلِمنَا مِنهُ وَ مَا لَم نَعلَم وَ نَعُوذُ بِكَ مِن الشَرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ  وَآجِلِهِ مَا عَلِمنَا مِنهُ وَمَا لَم نَعلَم

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DOA SEMPENA HARI SUKAN / KEJOHANAN OLAHRAGA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian

يَا اللهُ يَا رَحمَن يَا رَحِيم

 

Kami berhimpun pada pagi/petang  ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan firmanMu yang mulia :

 

قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ وَ نُسُكِي وَمَحيَايَ وَمَمَاتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku  dan matiku semata-mata hanya untukMu  Ya Allah.

يَا اللهُ يَا ِشَافِي يَا وَافِي

 

Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami .

 

يَا اللهُ يَا حَىُّ يَا قَيُُّوم

 

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut. Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

يَا اللهُ يَا حَنَّان  يَا مَنَّان

 

Berkatilah usaha-usaha kami melahirkan atlit bertaraf dunia yang mampu mengharumkan nama agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan dengan usaha ini akan menjadikan  sekolah ini, sekolah yang cemerlang, disegani dan dihormati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

 

 

 

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL / KANTIN

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

 

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian

 

اللّهُمَ يَا رَزَّاق يَا كَرِيم

 

Kami merafakkan kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk menjayakan Karnival  (_____) pada hari ini .

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah, untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredaanMu. Berkumpul untuk menghubungkan silaturrahim, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan  buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana kewangan sekolah kami .

يَا اللهُ يَا مُهَيمِن يَا عَزِيز يَا جَبَّار

 

Limpahkan kepada kami  rezeki yang halal dan baik  serta jauhkanlah kami dari sumber rezeki yang haram dan syubhah.

يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العَالَمِين

 

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan. Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Kami memohon kekuatan daripada hadratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,  dapat melaksanakan segala kebajikan dan  kami mohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .

 

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

DOA SEMPENA KHATAM AL-QURAN

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

 

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

 

الّلهُمَّ ارحَـمنَا بِالقُرءَان وَاجعَلهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحـمَة اللّهُمَّ ذَكِّرنَا مِنهُ مَا نَسِينَا وَعَلِّمْناَ مِنهُ مَا جَهِلنَا وَارزُقنَا تِلاَوَتَهُ آنَاءَ اللَيلِ وَأَطرَافَ النَهَارِ وَاجعَلهُ لَنَا حُجَةً يَا رَبّ َالعَالمَِين  .

 

Ya Allah ya tuhan kami, rahmatilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai panduan, cahaya yang menyinari kehidupan kami  dan sebagai petunjuk jalan kebenaran kepada kami.

Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alpa dan lalai dari mengingatiMu, jadikanlah kami orang yang berilmu dan  jauhkanlah kami dari kejahilan  yang merosakkan kami.

اللهم يا مُنـزِلَ الكِتاَب وَيَا مُجرِيَ السَّحَابِ

Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan AlQuran, sinarilah hati-hati kami dengan keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayatMu. Basahilah lidah kami dengan sentiasa menyebut ayat-ayatMu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima dan beramal dengan segala titah perintahMu. 

اللّهُمَّ زَيِّنَا بِزِينَةِ  القُرءَان , وَأَكرِمنَا بِكَرَامَةِ القُرءَان ، وَشَرَّفنَا بِشَرَافَةِ القُرءَان ، وَأَلبِسنَا بِخِلعَةِ القُرءَان ، وَأَدخِلنَا الجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ القُرءَان ، وَعَافِنَا مِن كُلِّ بَلاَءِ الدُنيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ بِحُرمَةِ القُرءَان .

اللّهُمَّ اجعَل القُرءَان لَنَا فِي الدُنيَا قَرِينًا ، وَفِي القَبرِ مُؤْنِسًا ، وَفِي القِيَامَةِ شَفِيعًا ، وَعَلَى الصِرَاطِ نُورًا ، وَإِلَى الجَنَّةِ رَفِيقًا ، وَمِن النَارِ سِترًا وَحِجَابًا ، وَإِلَى الخَيرَاتِ كُلِّهَا دَلِيلاً وَإِمَامًا بِفَضلِكَ وَجُودِكَ وَكَرَمِكَ يَاكَرِيم .

اَلَّلهُمَّ اهْدِنَا بِهِدَايَةِ القُرءَان ، وَنَجِّنَا مِن النِيرَانِ بِكَرَامَةِ القُرءَان ، وَارفَع دَرَجَاتِنَا بِفَضِيلَةِ القُرءَان ، وَكَفِّر عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلاَوَةِ القُرءَان يَاذَاالفَضلِ وَالإِحسَان ، رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُنيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَارِ .

 

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى َءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

 

DOA MAJLIS BERSAMA SULTAN/KERABAT DIRAJA

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

 

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

                                                                                

Kami hamba-hambaMu yang soleh dengan penuh tawaduk merafakkan kesyukuran kami yang tidak terhingga ke hadratMu di atas perkenan dan keizinanMu jua, Majlis (______________) pada hari ini berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.

 

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Ihsan,

Dengan limpah rahmat dan kasih sayangMu seluruh warga sekolah khasnya dan seluruh rakyat amnya telah bertungkus lumus mengembleng tenaga dan usaha memastikan generasi muda tidak mengira bangsa dan warna kulit memartabatkan pengetahuan dalam kehidupan sebagaimana yang Engkau perintahkan.Justeru kami panjatkan doa agar kehidupan kami sentiasa dipayungi rahmat keredaanMu dan dinaungi taufik dan hidayahMu.

يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العَالَمِين

 

Bantulah kami di dalam meraih kecemerlangan dan kegemilangan, teguhkanlah keyakinan dan semangat kami menghadapi cabaran dan saingan, jauhilah kami dari hasutan iblis dan syaitan, dan jadikanlah kami insan penyumbang pembentukan generasi khairulummah pada masa hadapan.

يَا اللهُ يَا حَنَّان  يَا مَنَّان

Sesungguhnya limpah nikmat kesejahteraan ,keamanan dan kemakmuran di bumi ini menginsafkan kami supaya memperhambakan diri kepadaMu dengan lebih tekun lagi justeru mengingatkan kami supaya sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur, pandai menghargai jasa dan pengorbanan orang lain dan bekerja dengan gigih bahu membahu antara satu sama lain di bawah pemerintahan sultan berjiwa rakyat.

يَا اللهُ يَا فَتاََّح يَا عَلِيم  

Limpahkanlah taufik dan hidayah, keimanan dan ketaqwaan, keampunan dan ihsan kepada DYMM (__________)dan seluruh kaum kerabat baginda serta seluruh pemimpin di negeri yang dicintai ini,sejahterakanlah pemerintahan baginda dengan keadilan dan kemakmuran dan sepanjang hayat di dalam keredaan.

 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرَهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمَهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُنيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَارِ .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s